suria

IPU tidak sihat: Semua sekolah di Putrajaya tutup pada Selasa

Semua sekolah di Putrajaya tutup pada Selasa.

SEMUA sekolah di Putrajaya akan ditutup esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pada Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata, berdasarkan bacaan IPU yang telah melebihi 200 mulai jam 5 petang hari ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah Putrajaya akan ditutup pada Selasa.

Putrajaya pada Isnin mencatatkan IPU 201 pada jam 5 petang, 204 pada jam pukul 6 petang dan 205 (tertinggi setakat hari ini) pada jam 7 petang.

Ini adalah kali pertama sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 September lepas.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama


Jerebu, Seolah tutup, Selasa

Artikel Lain