TUN Dr Mahathir Mohamad berkata peralihan pucuk pimpinan merupakan isu yang belum dibincangkan dan sukar untuk menetapkan tarikh untuk tujuan itu. Tambah perdana menteri, peralihan kuasa antara beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bergantung kepada tanggungjawab yang sudah dilangsaikan pemimpin itu. ARTIKEL BERKAITAN:Tun M akan kotakan janji kepada Anwar, akui satu-satunya ‘diktator’ yang letak jawatan "Kita harus mengkaji situasi. Jika tugas tidak dilaksanakan sepenuhnya atau tak selesai, susahlah," ujarnya. Beliau ditemui selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Putrajaya, pada Khamis. Sewaktu sesi dialog di New York, baru-baru ini, Dr Mahathir menegaskan beliau mungkin memegang jawatan itu selama tiga tahun sebelum melepaskannya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya. Bagaimanapun, veteran PKR Syed Husin Ali berkata, jawatan perdana menteri perlu diserahkan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi memberi ruang untuknya bersedia.- The Star.