AHLI Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengalami cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan di kilometer (KM) 350 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Tapah, Perak. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, Nik Muhammad Zawawi cedera ringan di bahagian kaki akibat kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 1 petang Isnin. "Beliau dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan perubatan," kata jurucakap itu. "Nik Muhammad Zawawi yang memandu sendiri kenderaan jenis Mercedez Benz, dipercayai dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Lumpur," tambahnya. - The Star