suria

Lelaki 71 tahun dakwa dicabul lelaki warga emas

Seorang lelaki berusia 71 tahun mendakwa dicabul oleh seorang lelaki warga emas. Gambar sekadar hiasan

SEORANG lelaki berusia 71 tahun di Taiping mendakwa dicabul oleh seorang warga emas selepas diberikan minuman sehingga membuatkan dia khayal.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika kejadian mangsa berada di rumahnya di Simpang, Taiping pada kira-kira pukul 9 pagi 11 November lalu apabila dikunjungi suspek berusia 64 tahun yang kononnya menjual ubat.

Osman berkata, mangsa mengalami sakit belakang badan ketika itu dan mengekori lelaki itu ke keretanya.

"Semasa dalam perjalanan, suspek memberikan mangsa minuman dan dia kemudiannya khayal.

"Suspek kemudian mengambil peluang untuk mencabul dan melakukan serangan seksual ke atas mangsa," katanya.

Osman berkata, suspek ditahan pada 20 November dan direman selama tiga hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang mencabul.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh yang melampau. - The Star


cabul, warga emas

Artikel Berikut

Artikel Lain