suria

Dari tangga suram, Alamanda Steps kini Insta-worthy

Alamanda Steps yang berwarna-warni menjadi lokasi tarikan terbaharu di Putrajaya.

ALAMANDA Steps yang pernah merangkul anugerah sebelum ini membuktikan potensi sesebuah tangga biasa untuk dijadikan satu lokasi menarik.

Pada mulanya, ia sekadar laluan untuk pengunjung pusat beli belah itu dengan kawasan tepi sungai, kini ia menjadi tempat orang ramai mencipta memori.

Ketua Komunikasi Korporat Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) Sabariah Mahmood berkata, tangga itu jarang digunakan dengan sekitar 50 orang melaluinya setiap hari, namun kini jumlahnya meningkat.

"Konsepnya datang dari prinsip sedia ada kami iaitu ruang kualiti, kepelbagaian, kesaksamaan dan kesinambungan.

"Untuk menjayakannya, ia perlu bersifat mampan dan bersemangat.

"Ia perlu menjadi lokasi yang menarik untuk semua golongan usia, dengan aktiviti dan permandangan menarik," katanya.

Perbadanan Putrajaya (PPj) memulakan projek itu dengan PjH, Urban Scale dan komuniti setempat untuk mengubah ruang suram menjadi warna-warni, ceria, dinamik dan Insta-worthy.

Alamanda Steps yang menjadi tarikan ramai di Putrajaya.

"Reaksi orang ramai juga memberangsangkan. Semua orang termasuk kakitangan PjH dan PPj, pelajar sekolah, golongan OKU dan sukarelawan perancang muda untuk merealisasikan projek ini.

"Foto tangga itu menjadi tular selepas ia dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad pada Januari lalu," katanya.

Alamanda Steps diumumkan sebagai pemenang platinum untuk kategori Taman Awam Terbuka (On The Move) anugerah MyPlace Awards Night 2019 yang dianjurkan oleh Institut Perancang Malaysia .

Pengurus Besar Bahagian Undang-Undang dan Perkhidmatan Korporat PjH, Aminah Baba berkata, ia merupakan salah satu projek pembinaan lokasi yang berjaya di Putrajaya, memberi dimensi baharu kepada tangga yang kosong dan membosankan.

"Projek ini merangkumi dua elemen dalam janji penjenamaan korporat PjH iaitu menghidupkan kehidupan kepada idea dan suasana.

"Memberi nafas baharu kepada Alamanda Steps membawa banyak kegembiraan, fungsi dan peluang kepada orang ramai.

Hassan (tengah) memegang trofi The BrandLaureate World Best Brand Awards 2019 untuk kategori pembangunan hartanah. Turut bersama, (dari kiri) Presiden BrandLaureate Singapura, Kevin Quoc-Cuong Vuong, tetamu kehormat Tengku Datuk Dr Hishamuddin Zaizi, Pengerusi The World Brands Foundation, Tan Sri Rainer Althoff dam Presiden The BrandLaureate World, Dr K.K Johan pada majlis di Singapura.

"Ia menjadi ruang pelbagai guna untuk orang awam bersosial dan melepak serta bersantai di lokasi rekreasi.

"Lokasi ini juga disukai ramai dan sesuai untuk paparan Instagram kerana sifatnya yang muda dan bertenaga, selain bersifat mampan dan berguna kepada orang ramai sebagai penghubung untuk orang di sekitar kawasan itu.

"Kini ia menjadi kawasan rekreasi untuk silat, persembahan, jogging selain menjadi venue keraian untuk hari jadi dan banquet.

"Dengan itu, ia mencipta peluang untuk vendor kecil untuk berniaga di tepi tasik di Alamanda Steps.

PjH juga menerima banyak anugerah untuk pembangunannya termasuklah The BrandLaureate World Best Brands Award untuk kategori pembangun hartanah tahun ini dan The BrandLaureate Industry Champion Brand Icon Award pada tahun lalu.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan