suria

Penceramah popular Indonesia Ustaz Abdul Somad sah bercerai

Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai (UAS) dilaporkan menceraikan isterinya selepas permohonan itu diluluskan oleh hakim di Mahkamah Syariah Bangkinang. Foto: Tribun News

SELEPAS isu penceraian seorang pendakwah, Da’i Farhan menjadi bualan ramai, terbaharu muncul pula perkhabaran mengenai seorang lagi pendakwah, Ustaz Abdul Somad yang dilaporkan sah bercerai dengan isterinya, Mellya Juniarti.

Memetik laporan Tribun News, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai (UAS) dilaporkan menceraikan isterinya selepas permohonan penceraiannya itu diluluskan oleh hakim di Mahkamah Syariah Bangkinang.

Persidangan itu telah berlangsung tanpa kehadiran UAS sementara bekas isterinya, Mellya, 29, dikatakan menghadirkan diri ke mahkamah namun agak lewat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah perpisahan yang disebut membahagiakan” - Da'i Farhan, Fatin pula sudah maafkan walau tidak mampu melupakan

Menurut sumber, UAS dan Mellya mendirikan rumah tangga pada 2012.

Bagaimanapun, UAS memfailkan penceraian pada 12 Julai 2019 iaitu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Pendakwah terkenal Indonesia itu dan isterinya dilaporkan diberi tempoh selama 14 hari untuk menerima keputusan mahkamah atau membuat rayuan.

Mellya ketika ditemui wartawan di luar mahkamah enggan memberi komen mengenai dakwaan UAS kurang memberi nafkah zahir.

“Saya enggan memberi komen. Tanyalah ustaz kerana dia yang membuat permohonan (cerai),” kata Mellya.

UAS merupakan pendakwah yang bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah turut popular di Malaysia.

Pendakwah itu terkenal dengan kehebatannya berhujah dan kefasihannya mengulas sesuatu isu sehingga mampu menarik minat khalayak untuk mendengar ceramahnya. 

UAS, Ustaz Abdul Somad, cerai, pendakwah

Artikel Lain