suria

Wanita ditahan, ugut tikam anak tiri guna objek tajam

Wanita ini memberi alasan suaminya adalah sebab utama dia terpaksa menjaga anak tirinya.

POLIS menyelamatkan budak perempuan berusia sembilan tahun selepas video yang tersebar menunjukkan seorang wanita mengugut untuk menikamnya dengan objek tajam.

Wanita berusia 22 tahun yang juga ibu tiri kanak-kanak itu telah ditahan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

"Berasaskan siasatan yang dijalankan, suspek dipercayai telah memarahi dan mengugut budak perempuan itu menggunakan pen," katanya.

Video ringkas yang dikongsi di media sosial menunjukkan seorang wanita yang memakai baju ungu sedang duduk di lantai sambil menunjukkan objek kepada budak berkenaan yang bersandar pada didinding.

Bercakap dalam bahasa Tamil, wanita itu memberitahu budak perempuan itu:"Kamu bukan anak saya, saya tidak lahirkan kamu."

Wanita itu juga memberitahu dia hanya menjaga budak itu kerana bapa kanak-kanak itu.

Wanita yang memegang objek tajam itu mengugut untuk menikam budak berkenaan yang kelihatan ketakutan.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah unit kediaman di Rumah Pangsa Sri Aman di Jinjang, di ibu negara.

tikam, Jinjang, polis

Artikel Lain