HARGA runcit petrol untuk minggu berikutnya kekal sama seperti harga sebelum ini. Kementerian Kewangan berkata, harga RON97, RON95 dan Diesel bermula 14 Disember (Sabtu) kekal sama seperti harga minggu lalu. Harga runcit bagi RON97 kekal RM2.64 seliter, RON95 (RM2.08) seliter dan diesel pada harga RM2.18 seliter. "Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel sebanyak RM2.34 seliter dan RM2.32 seliter," ujar kemneterian itu menerusi satu kenytaan. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh tujuh hari tersebut (14 hingga 20 Disember) berjumlah RM111.444 juta. - The Star.