suria

Tunku Azizah kongsi foto fenomena ‘cincin berapi’, dirikan solat sunat

Tunku Azizah bersama anakandanya melihat fenomena tersebut di perkarangan Istana Negara.

MEDIA sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter tentu dipenuhi dengan foto gerhana anulus.

Pastinya ramai yang tidak mahu ketinggalan berkongsi foto fenomena yang menjengah langit seluruh dunia termasuk Malaysia, di media sosial masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya janji akan pergi bila ke sana lagi” - Tunku Azizah terkilan tak dapat singgah gerai durian Rafi

Ini termasuklah Raja Permaisuri Agong (RPA), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsi foto fenomena berkenaan di laman Twitter rasmi milik baginda.

Tunku Azizah turut memuat naik beberapa keping gambar baginda bersama anakandanya melihat fenomena tersebut di perkarangan Istana Negara.

Tunku Azizah menyaksikan fenomena gerhana matahari bersama anakanda baginda di perkarangan istana.

Permaisuri itu juga turut memuat naik gambar baginda menunaikan solat sunat.

Fenomena gerhana anulus dapat dilihat di langit Malaysia pada Khamis selepas tempoh 21 tahun.

Fenomena alam ‘cincin berapi’ itu boleh dapat dilihat bermula pukul 11 pagi Khamis dan akan berlangsung sehingga kira-kira pukul 3 petang.

Tunku Azizah memuat naik beberapa keping gambar di Twitter rasmi milik baginda.

Kali terakhir ia dilihat di langit Malaysia adalah pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor. 

Gerhana tersebut berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Fenomena gerhana anulus dapat dilihat di langit Malaysia pada Khamis selepas tempoh 21 tahun.

Fenomena ini dapat disaksikan di Serian, kira-kira 60 kilometer dari Bandar Raya Kuching.Selain Serian, Tanjung Piai di Johor turut mengalami fenomena gerhana matahari anulus.

Artikel Lain