suria

Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan

Dr Mahathir akan memangku jawatan Menteri Pendidikan sehingga menteri yang baharu dilantik. -foto THESTAR

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan, kata Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat berkata pemangkuan sementara yang berkuatkuasa 3 Januari lepas itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas (8 Jan).

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dengan hati yang reda walaupun berat...” - Sah! Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dengar anda amat disukai guru-guru...” - KJ simpati nasib Maszlee, ramai menteri lain lebih layak berundur

"Dr Mahathir akan memangku jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik," menurut kenyataan itu.

Pada 2 Januari lepas, Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari selepas mendapat nasihat Dr Mahathir, selepas memegang portfolio itu selama 20 bulan.

Pada Selasa, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, Dr Mahathir berkata pelantikan Menteri Pendidikan akan ditentukan olehnya dan ia adalah prerogatif beliau. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain