suria

Tan Sri Abdul Aziz, bekas pengarah urusan MAS meninggal dunia

Abdul Aziz Abdul Rahman.

BEKAS Pengarah Urusan Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menghembuskan nafas terakhirnya, lewat malam Rabu.

Berita pemergian Allahyarham disahkan Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) dalam satu kenyataan menerusi Facebook pagi Khamis.

Allahyarham, 87 tahun, memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines pada 1982 hingga 1992.

“Salam takziah kepada seisi keluarga Allahyarham yang meninggal dunia lewat malam Rabu (semalam).

“Jasa Allahyarham akan dikenang warga pekerja MAS. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” menurut kenyataan itu.

Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangannya dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.

Artikel Lain