suria

Umum 2 pesakit dibenar pulang, posting Dr Dzulkefly timbul tanda tanya - “Tweet saya terakhir sebagai Menteri Kesihatan, terima kasih!”

Dr Dzulkefly Ahmad.

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin memaklumkan dua lagi mangsa koronavirus (Covid-19) sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah pada Isnin.

"Kedua-duanya dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tiada kes baharu dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut dimuatnaik Dzulkefly di Twitternya.

Namun tweet itu menarik perhatian netizen apabila beliau berkata: "Tweet saya terakhir sebagai YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan). Terima kasih!". 

Tweet Dr Dzulkefly menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya sebagai menteri kesihatan.

Tweet itu bagaimanapun menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya sebagai Menteri Kesihatan.

Tweet itu mendapat lebih 9,800 ulang kicau dan 7,800 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan berterima kasih di atas jasa beliau.

"Terima kasih @DrDzul atas sumbangan jasa dalam memastikan kualiti kesihatan rakyat sentiasa terbaik," kata Firdaus.

"Terima kasih Dr @DrDzul di atas tugas cemerlang yang telah diberikan. Saya akan tetap ingati Dr sampai bila-bila. Among the best minister I have ever work with. Kudos!," kata Dr Khairul Hafidz.

Artikel Berikut

Artikel Lain