suria

“Kenapa gambar ni buat aku tiba-tiba sebak?” - Lupa seketika krisis politik, Anwar tunjuk sisi romantis rai ulangtahun perkahwinan

Foto yang dikongsi Anwar menerusi Facebook pada Rabu.

DALAM mendepani krisis politik yang melanda negara, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan ucapan romantis buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Facebook.

Posting tersebut ditujukan khusus buat Ahli Parlimen Pandan itu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong petang ini, DAP adakan mesyuarat tergempar

"Selamat ulangtahun perkahwinan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Thank you," tulis Anwar ringkas.

Selain disertakan sekeping foto mereka berdua sedang memotong kek, beliau turut menyertakan tanda pagar #duniaakhirat #tilljannah menerusi kapsyen.

Dikongsi pada pagi Rabu, posting itu pantas menerima reaksi netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan pasangan itu.

"Limpahan rahmat dan kasih sayang Allah yang tidak berpenghunjung untuk kalian berdua.

Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata. fotoBERNAMA.

"Kenapa gambar ni buat aku tiba-tiba sebak?

"Semoga DSAI dan DSWA di dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

"Moga dikekalkan kebahagiaan bersama selamanya," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Anwar dan Dr Azizah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tangga 26 Februari 1980.

Perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.

Artikel Lain