suria

Armada enggan kerjasama dengan Umno, terus sokong Tun M

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat Yayasan Selangor pada Selasa.

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan bekerjasama dengan Umno.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan sokongan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dan menolak sebarang kerjasama untuk membentuk kerajaan baharu dengan kepimpinan Umno di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak peletakan jawatan sebagai Pengerusi, Bersatu beri sokongan penuh Tun M kekal PM

Malah, Armada juga berikrar untuk terus mendukung mandat yang diberikan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Armada mengambil pendirian untuk terus menyokong Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri dan mengepalai pentadbiran untuk kebaikan negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat Yayasan Selangor pada Selasa.

Terdahulu pada Isnin, Dr Mahathir turut melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Bersatu selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri. - The Star.

Artikel Lain