suria

Cukup... Pakatan masih boleh bentuk kerajaan - Khalid Samad

Khalid Abdul Samad.

MESKIPUN tindakan 37 ahli Parlimen keluar daripada Pakatan Harapan (PH), Parti Amanah Negara (Amanah) berkata gabungan itu masih memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Cukup," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad ketika ditanya pemberita jika Pakatan mempunyai sokongan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen.

Ketika diasak pemberita pada Selasa, Khalid hanya berkata:"Insyaallah, majoriti dua pertiga adalah perkara lampau dan tidak perlu dibincangkan lagi. Majoriti mudah sudah cukup untuk PH membentuk kerajaan", sebelum bergegas ke kenderaannya.

Khalid hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan di Merchant Square yang turut dihadiri pemimpin tertinggi DAP, PKR dan Amanah.

Terdahulu, Khalid menyifatkan mesyuarat Majlis Presiden berlangsung dengan baik.

"Banyak perkara yang dibincangkan. Perkara-perkara yang baik," katanya.

Khalid juga berkata tidak ada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi mengenai keberangkalian pilihan raya akan diadakan.

"Kenapa kita harus membazirkan wang pada pemilihan baru apabila kita dapat memperoleh majoriti," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan akan membuat satu pengumuman pada Rabu.

"Kami berbincang dengan tiga parti yang tinggal dalam Pakatan dan kami sudah ada kesepakatan mengenai perkara ini.

"Keputusan itu akan diumumkan esok," katanya. - The Star

Pakatan Harapan, Khalid Samad, Amanah

Artikel Berikut

Artikel Lain