suria

Pemimpin politik berkumpul di rumah Muhyiddin, Zuraida hanya angkat ibu jari

Sewaktu dihampiri media, Zuraida enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya mengangkat ibu jari sahaja.

BEBERAPA Ahli Parlimen dilihat memasuki kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara susulan spekulasi bahawa dia memiliki majoriti untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

Antara yang kelihatan ialah Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal menjadi yang terawal tiba pada 2.30 petang tadi sebelum beredar sejam kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu dan Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-8

Turut hadir, timbalan presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bersama keluarganya.

Antara yang lain termasuklah beberapa ahli PKR yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun Datuk Seri Azmin Ali tidak kelihatan.

Mereka termasuklah Ahli Parlimen (MP) Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah, MP Ampang Zuraida Kamaruddin, MP Selangau Baru Bian, MP Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon, MP Puncak Borneo Willie Mongin, MP Saratok Ali Biju dan MP Nibong Tebal Datuk Mansor Othman.

Sewaktu dihampiri media, Zuraida enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya mengangkat ibu jari sahaja.

Pemimpin PKR yang lain turut menolak memberi sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, Presiden Parti Ikatan Bangsa, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir turut kelihatan di lokasi itu. - The Star.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain