suria

Politik semasa: Speaker Dewan Rakyat menghadap Agong, pemimpin PH dijangka mesyuarat petang ini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di Istana Negara. -foto The Star

BERIKUT adalah perkembangan terkini politik negara, Jumaat:

11.34 pagi: Kesemua Raja-Raja Melayu telah berada di Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja.

Kenderaan terakhir yang membawa Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memasuki Istana Negara.

11.15 pagi: Kenderaan membawa Sultan Kedah tiba di Istana Negara.

11.14 pagi: Kenderaan yang membawa Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilihat memasuki pintu utama Istana Negara.

11.10 pagi: Kenderaan dari Istana Perlis dilihat memasuki pintu utama Istana Negara.

11.06 pagi: Kenderaan dari Istana Kelantan dilihat memasuki pintu utama Istana Negara.

10.50 pagi: Kenderaan membawa Sultan Selangor dilihat memasuki pintu utama Istana Negara.

10.53 pagi: Kenderaan dipercayai membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT) dilihat memasuki pintu utama Istana Negara.

10.42 pagi: Kenderaan rasmi Peguam Negara memasuki Istana Negara menerusi Pintu 2.

10 pagi: Tun Dr Mahathir tiba di Yayasan Al-Bukhary untuk bertemu Ahli Parlimen Bersatu. Turut menarik perhatian kehadiran Datuk Kamaruddin Jaafar, dari kumpulan blok bebas Datuk Seri Azmin Ali.

Kereta dinaiki Dr Mahathir dilihat memasuki perkarangan Yayasan Al-Bukhary.

9.30 pagi: Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan dinaiki Sultan Johor memasuki pintu utama Istana negara.

Polis sudah mula dilihat di sekitar Istana Negara.

1.00 tengah hari:  Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.

Beliau menghadap Agong pada pagi Jumaat kemudian dipanggil semula sekitar 1 tengah hari, dipercayai berkaitan persidangan khas Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

2.45 petang: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bergerak ke Hotel Eastin untuk menghadiri mesyuarat PH.

2.52 petang: Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di Hotel Eastin untuk mesyuarat PH.

3.15 petang: Kenderaan membawa Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan Yayasan Al-Bukhary untuk menghadiri satu program rasmi di ibu negara.

Artikel Lain