suria

PH dakwa 114 Ahli Parlimen tandatangan SD sokong Tun M sebagai PM

Baru Bian didakwa sebagai Ahli Parlimen yang ke-114 menandatangani SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

PAKATAN Harapan (PH) mendakwa mempunyai 114 undi yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Dalam siaran Facebook Live oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, ia mendakwa undi ke-114 adalah daripada Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian.

Video Facebook Live itu, yang disiar ketika mesyuarat tertutup PH  menunjukkan Baru menandatangani akuan bersumpah (SD) sambil disaksikan oleh Dr Mahathir.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjawab sudah... Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin dapat sokongan 114 Ahli Parlimen - Takiyuddin

Kenderaan Baru kemudiannya dilihat meluncur laju ketika wartawan mula mengejarnya untuk mendapat maklum balas dari bekas Menteri Kerja Raya itu.

Perkembangan itu menyusul kira-kira empat jam selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Dr Mahathir dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu selepas mesyuarat tersebut.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa PH mempunyai 112 SD yang menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri. - THE STAR

PH, Tun M, SD, Ahli Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain