suria

Akhirnya! Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM

Muhyiddin (kanan) semasa mengumumkan pelantikan para Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Isnin. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Foto Bernama

SELEPAS lebih seminggu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau akhirnya mengumumkan senarai barisan Kabinet yang baharu.

Ia susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin berkata, pemilihan Jemaah Menteri telah melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi Isnin bagi mendapat perkenan Tuanku.

Pengumuman yang amat dinanti-nantikan dibuat menerusi sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri, petang Isnin.

Muhyiddin berkata, beliau akan memastikan barisan kabinetnya adalah kabinet yang berfungsi dan dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. 

Sehubungan itu, beliau berkata, empat Menteri Kanan dilantik yang akan membantu menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial, agar dapat diselaraskan dengan lebih cekap dan berkesan.

“Saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, a cabinet that delivers.

“Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.

“Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya pada sidang media.

Kabinet Perikatan Nasional (PN) itu merangkumi sebahagian Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan PAS serta disokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BERIKUT adalah senarai menteri baharu:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan: YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan: YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri

Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan YB Dr Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator) 

Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang): YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan

Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib 

Menteri Pengangkutan: YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah 

Menteri Alam Sekitar: YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man 

Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan

Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim 

Menteri Wilayah Persekutuan: YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar 

Menteri Wanita dan Keluarga: YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff 

Menteri Pengajian Tinggi: YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah

Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju 

Menteri Dalam Negeri: YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan: YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan: YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi 

Menteri Pembangunan Luar Bandar: YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia: YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: YB Hajah Zuraida Kamaruddin

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: YB Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara: YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan: YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan