suria

PM umum senarai Kabinet baharu 5 petang ini

KJ dan Azmin antara nama yang disebut-sebut bakal menganggotai Kabinet baharu kerajaan.

SENARAI Jemaah Menteri baharu akan diketahui petang Isnin.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 11 pagi untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, setelah mendapat perkenaan Agong, Muhyiddin akan mengumumkan senarai barisan Kabinet pada pukul 5 petang di pejabatnya.

Antara nama yang disebut ialah Datuk Seri Mahdzir Khaled; Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Ahli Parlimen PAS pula yang disebut-sebut dalam senarai Kabinet adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari.

Turut disebut-sebut, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Artikel Lain