suria

Perintah Kawalan Pergerakan, ini 25 sektor perkhidmatan penting negara yang tidak ditutup

Malaysia catat 533 kes Covid-19 setakat Isnin.

PENGUMUMAN Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia susulan penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara (essential services).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

Berikut antara sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan, bermula Rabu hingga 31 Mac depan:

1) Air
2) Elektrik
3) Tenaga
4) Telekomunikasi
5) Pos
6) Pengangkutan
7) Pengairan
8) Minyak
9) Gas
10) Bahan api
11) Pelincir
12) Penyiaran
13) Kewangan
14) Perbankan
15) Kesihatan
16) Farmasi
17) Bomba
18) Penjara
19) Pelabuhan
20) Lapangan terbang
21) Keselamatan
22) Pertahanan
23) Pembersihan
24) Peruncitan
25) Bekalan makanan

Selain itu pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian juga tidak akan ditutup.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara ini menerusi pengumuman khas yang yang disiarkan pada Isnin malam.

Pada petang Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan 125 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes di negara ini, setakat Isnin.

Untuk rekod semasa, China masih mendahului dengan 81,068 kes diikuti Itali (21,157) dan Iran sebanyak 13,938 kes.

Artikel Lain