suria

Ibu dan anak korban terbaharu Covid-19, 6 kematian keseluruhan

Malaysia catat enam kematian akibat Covid-19 setakat ini.

DUA lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia seramai enam orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), tidak lama selepas pengumuman kematian keempat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban ke-4 Covid-19 disahkan di Melaka, 37 kini di ICU

Menurut JPBNS, dua kematian itu melibatkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga, berusia 79 dan 40 tahun yang berasal dari Kuching.

Mangsa yang berusia 79 tahun meninggal pada Rabu lalu, pukul 2 pagi diikuti mangsa kedua pada 1 petang, hari ini.

"Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

“Pelaporan kes kematian yang pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur," ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, punca jangkitan mereka masih lagi disiasat.

“Kelewatan melaporkan kematian wanita itu disebabkan hospital swasta yang merawatnya terpaksa menunggu keputusan ujian daripada sebuah makmal swasta di Kuala Lumpur,” kata JPBNS.

Terdahulu, Dr Noor Hisham melaporkan kematian keempat Covid-19, disusuli pengumuman 153 kes baharu, menjadikan 1,183 kes keseluruhan di negara ini.

Covid-19, ibu, anak, maut, kematian

Artikel Lain