suria

Korban ke-8 Covid-19 kerap belanja jemaah masjid nasi Arab, keluar berdakwah 4 bulan tiap tahun

Allahyarham Hassan akan keluar selama empat bulan setiap tahun untuk berdakwah.

JEMAAH tabligh pertama dari Kelantan yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah pengusaha nasi Arab terkemuka di daerah Rantau Panjang.

Muhammad Amin Lateh, menantu kepada Allahyarham menyifatkan bapa mentuanya, Hassan Abdul Wahab seorang yang terkenal dengan sifat peramah dan pemudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor cemas, sekampung kecoh! Pemuda dakwa kontak pesakit positif Covid-19 lari dari bilik isolasi - “Dia tunduk muka, beritahu sesuatu yang mengejutkan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak rapat tapi pernah berurusan dengan arwah” - Imam Muda Asyraf terkejut foto dengan pengerusi surau tersebar, tak sertai ijtimak

"Arwah juga cukup suka meraikan tetamu dan tidak hairanlah jika arwah kerap kali 'belanja' ahli jemaah masjid dengan nasib Arab yang dimasaknya sendiri.

"Selain itu, arwah juga ringan tulang dalam membantu orang ramai yang memerlukan pertolongan," katanya mengenai arwah yang berusia 69 tahun itu.

Muhammad Amin yang berusia 35 tahun berkata, dia bersama seluruh keluarga reda dengan pemergian bapa tercinta menghadap Ilahi.

Katanya, sememangnya dakwah adalah jiwa bapa mentuannya dan setiap tahun arwah mentuanya itu akan meluangkan masa selama empat bulan untuk keluar berdakwah sama ada dalam atau luar negara.

"Walaupun dalam keadaan tidak sihat, arwah abah tetap bersemangat untuk menyampaikan dakwah," katanya.

Allahyarham Hassan ialah salah seorang daripada kluster tabligh yang dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac lalu susulan demam sejak 12 Mac.

Mangsa dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, pada 18 Mac lalu selepas keadaan kesihatan didapati merosot serta memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang kelmarin dan jenazahnya selamat dikebumikan pada jam 3.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang.

Arwah meninggalkan 15 anak berusia antara 40 hingga enam tahun. -SinarHarian

Artikel Lain