suria

Kes bunuh diri, bukan pesakit Covid-19 - KP Kesihatan

SEORANG pesakit yang ditemui mati dalam tandas sebuah hospital pada Jumaat bukan kes jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian yang dijalankan terhadap lelaki berkenaan juga negatif wabak itu.

"Ia bukan pesakit Covid-19, ujian negatif. Ya, ia adalah kes bunuh diri, ada laporan bunuh diri, tetapi bukan pesakit Covid-19," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, Sabtu.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di sebuah wad di Hospital Serdang semalam.

Pada awal pagi Sabtu, mStar memetik laporan China Press seperti disiarkan Malaysiakini berkaitan kematian seorang warga tua yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Laporan itu memetik Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof sebagai berkata, tiada nota ditemui di lokasi kejadian.

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah mewujudkan talian hotline bagi sokongan psikososial untuk petugas barisan hadapan dan mereka yang terjejas oleh wabak Covid-19.

Talian hotline dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang di 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935.
Noor Hisham, Covid-19, bunuh diri

Artikel Lain