suria

Tunku Azizah berkenan beri sumbangan 150 katil untuk kegunaan hospital

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 katil untuk Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.

"Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan tersebut.

"Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara," ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Foto yang dikongsi di Facebook Dr Noor Hisham.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Noor Hisham turut memuat naik foto-foto katil yang diterima pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada Sabtu, Malaysia merekodkan 184 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 5,450 kes setakat ini.

Di Johor pula, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menumbangkan 42 ventilator ke hospital-hospital di negeri itu.

Penyerahan dibuat di Istana Pasir Pelangi, pada Sabtu. - The Star.

Artikel Lain