suria

Malaysia catat 85 kes baharu Covid-19, 1 kes kematian libatkan lelaki 69 tahun

Malaysia catat 83 kematian keseluruhan akibat Covid-19.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 85 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,072 kes setakat Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan satu lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 83 kematian keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati di KK dipercayai warga asing antara 5 korban terkini Covid-19

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Setakat ini, 56 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 169 pesakit Covid-19 dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan keseluruhan 2,647 bersamaan 52.18 peratus kes telah pulih.

Berikut perincian satu kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Rabu:

-Kes kematian ke-83 (kes-4988) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan meninggal dunia pada 15 April 2020.

Covid-19, PKP, KKM

Artikel Lain