suria

Jika JB pilihan anda untuk settle down atau berniaga, jom tinjau Taman Impian Emas... lokasi strategik, tawaran menarik!

Kediaman teres dua tingkat Iconia Garden Residence amat sesuai untuk pembeli kediaman buat pertama kali.

WALAUPUN pertumbuhan ekonomi global tidak menentu ketika ini, namun permintaan untuk hartanah kediaman yang bertanah terus kekal positif.

Seiring perkembangan itu, pemaju perumahan Taman Impian Emas di Skudai dekat Johor Bahru, Johor iaitu Gunung Impian Development Sdn Bhd melangkah ke hadapan dengan rancak melaksanakan projek pembangunan yang menarik perhatian ramai.

“Ketika berdepan peristiwa atau situasi paling buruk , kita mahu melihatnya menerusi sisi dan beberapa aspek positif yang pasti ada diantaranya,” kata Pengurus Besarnya, Koh Moo Hing.

Bagaimanapun, memandangkan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi global sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan wabak Covid-19, pemaju akan lebih berhati-hati untuk membangun dan menawarkan unit-unit kediaman di pasaran.

Moo Hing berkata, sebarang pelancaran baharu atau jualan hartanah semasa akan memberi tumpuan kepada harga mapan dan reka bentuk yang akan mengambil kira faktor kedudukan kewangan dan permintaan atau keperluan bakal pembeli.

“Malaysia merupakan negara membangun dengan populasi semakin meningkat dan permintaan untuk kediaman khasnya kediaman bertanah akan terus tumbuh, malahan bekalan pasaran hartanah berkenaan pada masa ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.

Bertitik tolak daripada itu, kata Moo Hing, pihaknya merealisasikan projek di lokasi strategik Taman Impian Emas untuk menarik pembeli berikutan bandar tersebut mudah diakses dari beberapa bahagian di Johor Bahru.  

Gunung Impian Development menawarkan sebanyak 19 unit perumahan semi-D di Bukit Impian Residence pada harga jualan bermula dari RM1.38 juta hingga RM1.89 juta seunit.

Kemudahan taman permainan kanak-kanak di Bukit Impian Residence.

Rumah semi-D berkeluasan tanah 45 kaki x 90 kaki dengan saiz lot 45 kaki x 90 kaki itu dibina di atas tapak 3,489 kaki persegi keluasan bangunan, dilengkapi dengan empat bilik tidur dan sebuah bilik utiliti.

Pilihan lain untuk pembeli adalah 33 unit Impian Link 38, yang meliputi bangunan kedai pejabat dua tingkat 24 kaki x 75 kaki yang terletak berhampiran kawasan kediaman sediada serta Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thai Hong dengan tawaran harga dari RM838,000 hingga RM888,000 seunit dan kawasan bangunan seluas 3,200 kaki persegi.

Bagi pembeli yang merancang untuk memiliki rumah teres dua tingkat seharusnya mempertimbangkan Iconia Garden Residence yang berukuran 22 kaki x 80 kaki dan  dibina di atas tapak berkeluasan bangunan 2,104 kaki persegi.

“Kami menawarkan sebanyak 147 unit rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur pada harga RM638,000 hingga RM1.12 juta seunit,” katanya.

Tambah Moo Hing lagi, Bukit Impian Residence, Impian Link 38 dan Iconia Garden Residence terletak di kawasan yang berbeza di bandar berkenaan di mana pihaknya mensasarkan kumpulan pembeli berlainan untuk kediaman semi-D, kedai pejabat dua tingkat serta rumah teres dua tingkat yang ditawarkan itu.

Taman Rekreasi Hilltop merupakan tambah nilai kepada bandar terancang.

Moo Hing berkata, bagi kumpulan yang mencari ruang yang lebih besar untuk menempatkan keluarga dengan ahli yang ramai seperti konsep 3 generasi dibawah satu bumbung, pastinya tertarik dengan kediaman semi-D dua tingkat pada kawasan keluasan 150 ekar di Bukit Impian Residence.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut memberi tumpuan kepada bakal pembeli atau pelabur yang mahu menjalankan perniagaan di kedai pejabat dua tingkat di Impian Link 38.

“Mengekalkan konsep campuran pengendali makanan dan minuman (F&B) dengan bukan F&B akan menjadi formula kejayaan,” ujar Moo Hing sambil menambah  kawasan parkir yang luas di antara dua barisan bangunan kedai pejabat akan membolehkan pengusaha perniagaan menarik lebih ramai pelanggan.

Jelasnya lagi, rumah teres dua tingkat Iconia Garden Residence dibina secara khusus untuk pembeli kali pertama, profesional muda dan keluarga muda.

“Taman Impian Emas adalah bandar yang berkembang pesat menerusi pertumbuhannya yang memberangsangkan sejak 20 tahun lalu,” katanya.

Pelbagai ruang perniagaan di kedai pejabat dua tingkat Impian Link 38.

Dilancarkan pada 1999, bandar tersebut merangkumi 3,000 ekar di mana 1,000 ekar telahpun dibangunkan dengan hartanah kediaman dan komersial, masing-masing sebanyak 5,000 dan 450 unit.

“Tanah baki seluas 2,000 ekar ini akan terus pesat membangun untuk 20 tahun akan datang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi ke Wisma Impian Emas di No.55, Jalan Impian Emas 5/1, Taman Impian Emas, Skudai atau hubungi 016-716 4699 (Tai Sheau Chun), 016-723 2452 (Tan Jia Qi), 019-730 0162 (Ahmad Naim), 019-733 5590 (Quincy Tan), 016-716 3656 (Noor Aziah) dan 016-733 6423 (Elyse Chai).

Selain itu, anda juga boleh melayari laman web Taman Impian Emas atau halaman Facebook Taman Impian Emas atau e-mel pertanyaan di [email protected]

Artikel Lain