TERDAPAT beberapa faktor atau indikasi penting yang perlu diberi perhatian sebelum kerajaan boleh mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara faktor yang perlu diberi perhatian adalah jumlah kes positif yang direkodkan dari masa ke semasa. ARTIKEL BERKAITAN: PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak ada PKP, akan ada post PKP - “Kita tak nak rakyat bebas seperti biasa” "Antaranya faktor dikenalpasti ialah kes-kes berkurangan. Contohnya hari ini jumlah kes positif 5,251. Itu jumlah kes keseluruhan tapi jika kita tolak kes sembuh 2,967 dan kes kematian 86, kita ada kes positif sebanyak 2,198. "Maknanya kebolehjangkitan tu ada. Apa yang penting sebelum kita lihat penamatan PKP, kita mesti ada exit strategy (strategi keluar)," katanya pada sidang media pada Jumaat. Beliau terlebih dahulu ditanya oleh pemberita mengenai syarat yang ditetapkan sebelum kerajaan menamatkan PKP. Menghuraikan mengenai perkara itu lebih lanjut, jelas Dr Noor Hisham, antara indikasi yang perlu diberi perhatian adalah pengurangan kepada kes yang masih dirawat atau kebolehjangkitan kes. "Kalau kes ini berkurangan ini, maknanya ada pengurangan kes jangkitan di kalangan komuniti. "Kedua, kita gunakan surveillence yang kita laksanakan dari bulan Januari iaitu melihat kes 'severe acute respiratory infection' (SARI) dan 'influenza-like illness (ILI) dalam komuniti. Sekarang ada 114 kes, dan dalam saringan dan pemantauan, kes SARI berkurangan. "Itu salah satu indikasi yang lain untuk kita nasihatkan Majlis Keselamatan Negara untuk menamatkan PKP," katanya. Dalam masa yang sama kata Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu meneliti sama ada wujud kes baharu di sesuatu kawasan tertentu. "Mungkin ada satu kes boleh dikesan, tapi yang penting ia tak jadi kluster besar. Pengesanan kes perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa," katanya lagi. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini memberi amaran langkah membatalkan perintah berkurung atau menarik balik kawalan pergerakan ‘terlalu awal’ boleh mencetuskan penularan semula Covid-19 yang jauh lebih buruk.