suria

Didakwa ingkar PKP, MB Terengganu hadir beri keterangan kepada polis

Ahmad Samsuri semasa hadir memberi keterangan kepada pihak polis. Foto Facebook Polis Terengganu

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ahad hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kehadiran Ahmad Samsuri di balai tersebut turut dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Terengganu dan beliau dikatakan tiba kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang dihubungi Bernama berkata, Ahmad Samsuri hadir untuk memberi keterangan berhubung gambar beliau bersama beberapa lelaki di rumah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

ARTIKEL BERKAITAN: VVIP didakwa ingkar PKP dipanggil polis, Ismail Sabri ingatkan wakil rakyat keluar bekerja tak perlu rombongan besar

ARTIKEL BERKAITAN: Adun mohon maaf, perjelas tindakan makan di maahad tahfiz - “Pencerahan ini bukan untuk dikecualikan tindakan undang-undang”

"Ahmad Samsuri telah datang ke IPK untuk memberi keterangan dan  bekerjasama. Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. 

Pada Jumaat, tular di pelbagai platform media sosial gambar Ahmad Samsuri bersama beberapa lelaki dan beliau didakwa tidak melakukan penjarakan sosial seperti yang disarankan pihak kerajaan. - Bernama

Ahmad Samsuri Mokhtar, ingkar, PKP

Artikel Lain