suria

Anda usahawan yang struggle ketika ini? Ada sesuatu bakal berlangsung 1 Mei nanti... Jom kejar impian ikut cara 50 jutawan, bangkit hadapi cabaran bisnes semasa dan selepas PKP!

Titan Summit 2020 akan berlangung secara virtual online bermula 1 hingga 3 Mei ini.

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memakan masa lebih sebulan, dan tidak mustahil akan dilanjutkan, memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada individu, malahan golongan usahawan tidak terkecuali turut terkena tempiasnya.

Dek kerana situasi yang tidak terjangka ini, pastinya apa yang sedang berlaku kini menjadi cabaran besar khususnya buat golongan usahawan kecil.

Tanpa sebarang persediaan rapi dalam menghadapi situasi ‘mengejut’ ini, usahawan kecil pastinya keliru mengenai apa tindakan yang patut diambil, apa pula srategi marketing yang betul agar bisnes bertahan dan apa yang mereka patut lakukan jika mempunyai pekerja dan macam-macam lagi.

Tanpa panduan yang betul, boleh jadi bisnes yang diusahakan sebelum ini terumbang-ambing atau lebih teruk lagi, terpaksa gulung tikar.

Memahami kegusaran yang dihadapi golongan ini, RichWorks International Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh Pakar Pemasaran No.1 Asia dan Mentor Keusahawan, Dr Azizan Osman akan menganjurkan Titan Summit 2020, satu seminar secara virtual online khusus bagi membantu usahawan Malaysia mengharungi cabaran semasa dan selepas PKP.

Seminar yang akan diadakan selama tiga hari iaitu bermula 1 hingga 3 Mei depan akan menghimpunkan seramai 50 jutawan yang lahir hasil didikan Dr Azizan Osman dan RichWorks sendiri.

Seramai 50 jutawan ini akan bergabung dan berkongsi ilmu keusahawanan menerusi satu misi sasaran, iaitu membantu usahawan yang sedang struggle di luar sana mengharungi cabaran PKP.

Tidak perlu dipertikaikan lagi, sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan.

Fakta yang menarik untuk diamati, lebih 650,000 peserta telah menghadiri lebih 1,500 seminar dan program anjuran RichWorks.

Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Dr Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam sehingga 24 bulan.

Berikut adalah tiga daripada 50 jutawan yang berjaya membina empayar bisnes bermula dari Zero To Million dengan bimbingan Dr Azizan. Jom ikuti kisah mereka!

1) King’s Char Kuey Teow



Pemilik King’s Char Kuey Teow kini, oleh Aizat Zulhailie Abu Bakar membina empayar bisnes bermula daripada gerai bawah pokok.

Siapa sangka, daripada bisnes kecil-kecilan bermula di bawah pokok, kini King’s Char Kuey Teow tidak perlu diperkenalkan lagi. Dimiliki oleh Aizat Zulhailie Abu Bakar, jenama yang sudah terkenal di seluruh Port Dickson, Negeri Sembilan ini kini memiliki sebuah restoran besar yang boleh menampung 1,500 orang dalam satu masa.

Pernah mencapai jualan RM44,000 satu malam hasil jualan char kuey teow sahaja, bisnes ini menjadi buah mulut pengunjung di Port Dickson berikutan barisan billboard yang dihuni jenama ini sepanjang lebuhraya menuju ke restorannya.

Paling membanggakan, King’s Char Kuey Teow telah dinobatkan sebagai TOP 15, Enterprise 50 (E50) Awards baru-baru ini. Di antara 50 nama-nama besar di Malaysia, bisnes beliau berjaya mendapat tempat ke-15 dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Bagaimana bisnes ini berjaya? Mudah, kerana Aizat jelas ke mana hala tuju bisnesnya. Jika dahulu beliau berbisnes umpama ‘melekat di badan’. Segala-galanya Aizat buat sendiri daripada pergi ke pasar, mengambil pesanan pelanggan malah beliau jugalah yang menggoreng char kuey teow. Tapi kini perniagaan beliau lebih bersistem dan sudah mempunyai 50 pekerja.

Biarpun restoran King’s Char Kuey Teow tidak boleh dibuka ketika PKP, Aizat tangkas menukar model bisnes beliau dengan menjual kambing perap frozen dan membina sistem ejen, dropship dan penghantaran untuk menjana pendapatan supaya bisnes kekal bertahan.

2) Eskayvie



Pengasas Eskayvie Sdn Bhd, Kartika Wati Mohamed pernah hampir tersungkur gara-gara jualan produk yang mencatatkan penurunan mendadak, namun bangkit kembali selepas menyertai program RichWorks.

Jenama produk kesihatan ini pernah gah suatu ketika dahulu. Segala strategi pemasaran secara offline ibarat dalam genggaman. Iklan jenama ini terpampang di billboard, televisyen, surat khabar dan majalah Mingguan Wanita. Jenama yang sudah bertapak selama 10 tahun ini mencatatkan jualan sehingga mencecah RM60 juta tanpa bimbingan.

Tetapi langit tak selalunya cerah.... kewujudan media sosial menyebabkan jualan Eskayvie turun mendadak dengan hanya mencapai RM31 juta pada 2014. Bagi menyedapkan hati, Kartika Wati Mohamed, pengasas Eskayvie Sdn Bhd menyalahkan faktor GST. Namun, jualan produk ini terus mencatatkan penurunan iaitu hanya RM8 juta pada 2015 dan terus merudum kepada RM2 juta pada 2016.

Keadaan ini menyebabkan Kartika bertekad untuk menutup Eskayvie dan ingin mencuba peluang bisnes yang lain. Tidak membiarkan Kartika jatuh seorang diri, stafnya menggesa beliau untuk menyertai program RichWorks. Pada hari kedua program pertama RichWorks yang beliau hadiri iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), beliau tekad untuk mendaftar ke program Titanium bagi membina semula bisnesnya. Selepas tiga tahun, jualan Eskayvie melonjak semula iaitu dari RM2 juta kepada RM45 juta setahun.

Jenama ini mempunyai strategi tersendiri ketika PKP. Sebaik sahaja mendapat tempahan, pasukan khidmat pelanggan Eskayvie terus menelefon pelanggan untuk memberi bimbingan dan konsultasi tentang penggunaan produk. Ini kerana Eskayvie yakin bahawa usahawan perlu membimbing dan menjaga pelanggan yang menaruh kepercayaan kepada jenama ini bagi membantu memperbaiki tahap kesihatan mereka.

3. Weddings by Emma



Emma Zuraida Jaafar pernah bergelut dengan masalah hutang ketika permulaan bisnesnya, namun selepas hadir ke program Richworks, masalahnya selesai malah kini mampu berbangga dengan Weddings by Emma.

Siapa sangka, pengasas jenama ini dahulu pernah bertungkus lumus membina empayarnya hanya dari flat yang sempit! Emma Zuraida Jaafar pernah bersesak dalam apartmen kecil yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan tujuh ahli keluarga lain termasuk ibu dan ayahnya.

Gaji sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan sebanyak RM2,500 ketika itu langsung tidak cukup untuk menampung kehidupan yang selesa di ibu kota. Ini membuatkan beliau terfikir untuk menambah sumber pendapatan sendiri. Berbekalkan minat dalam bidang gubahan dan hiasan, beliau memulakan bisnes dengan menerima tempahan majlis kecil-kecilan seperti majlis akikah, majlis cukur jambul dan majlis hari jadi.

Berkat kesungguhan, bisnes beliau semakin mendapat permintaan dan menjadi sebutan ramai. Namun malangnya beliau bergelut dengan masalah hutang pula. Ketika sedang tercari-cari jalan keluar, beliau terjumpa video Dr Azizan Osman. Berguru dengan Dr Azizan dan hadir ke program Richworks, ilmu yang diperoleh membuka jalan untuk beliau membetulkan bisnes yang di kelilingi masalah hutang.

Hasilnya, masalah hutang beliau berjaya diselesaikan dan jenama Weddings by Emma semakin dikenali kalangan selebriti dan juga Majlis Perkahwinan Diraja. Pada 2019, jualannya meningkat kepada RM4.4 juta dan berbanding RM3.7 pada 2018.

Tentunya situasi terkini memberi cabaran kepada Weddings by Emma tambahan pula kerajaan menghalang sebarang perhimpunan selama setahun untuk memastikan penularan wabak Covid-19 benar-benar pulih. Namun itu sama sekali tidak dijadikan alasan. Apa yang wanita ini lakukan adalah menawarkan Pakej Pre-Order dengan harga istimewa untuk pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Beliau juga terus ‘engage’ dengan pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan Weddings by Emma dengan cara membantu menambah nilai ilmu tentang persediaan bakal raja sehari dalam mengadaptasikan norma baharu.

Menerusi Titan Summit 2020, anda akan diajar selok belok ilmu membina bisnes, pemasaran dari zero kos marketing sampai kepada berbayar, membina jenama, menjadi brand leader, menang dalam pasaran dan industri, membesarkan pasukan, recruit stokist/ ejen/ dropship dan belajar dari pelbagai industri leader!

Jadi tunggu apa lagi? Ini peluang yang tidak patut anda lepaskan jika anda betul-betul membina empayar bisnes dengan berjaya. Ambil peluang ini untuk belajar dengan mereka.

Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah mendaftar dan hadir secara online nanti! Pendaftaran 100% Percuma (sekiranya mendaftar 3 orang) di www.TitanSummit2020.com

Klik www.TitanSummit2020.com sekarang.



Artikel Lain