suria

Ajal ketika bertugas... anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk dalam sekatan jalan raya

Seorang anggota polis meninggal dunia akibat dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

SEORANG anggota polis maut ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya LEKAS, awal pagi Ahad.

Mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta langgar lori ketika dalam perjalanan pulang ke kem, dua anggota tentera maut

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.12 pagi itu, Allahyarham sedang bertugas menjaga kawalan di SJR berkenaan, sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh sekatan sehingga menyebabkan mangsa dihempap kenderaan berkenaan yang terbalik, lapor Berita Harian

Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat dan suspek yang cedera dalam kejadian itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Allayarham yang berasal dari Ipoh, Perak adalah anggota di Cawangan D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Sementara itu, berita dan gambar kemalangan berkenaan mula tular di media sosial dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kesal berhubung tindakan segelintir individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengambil kesempatan selepas perintah itu dilonggarkan oleh kerajaan.

Netizen turut meminta agar pemandu lelaki berkenaan dikenakan hukuman yang berat sekiranya benar suspek sedang memandu dalam keadaan mabuk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain