suria

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog tampil dengan kesegaran berbeza menerusi dua seleksi minuman baharu.

RAMADAN sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun dan tentu sekali ibadah puasa tidak pernah lekang daripada solat tarawih dan hidangan iftar.

Selain makanan, seleksi minuman sewaktu berbuka puasa juga menjadi keutamaan sepanjang bulan mulia ini.

Bagi memeriahkan suasana dan menyegarkan diri selepas seharian berpuasa, Coolblog tampil dengan minuman terbaharu iaitu Cool Kathira dan Cool Bandung menerusi kempen Tradisi Cool Ramadan.

Bagi mengangkat keistimewaan dan kayanya nilai tradisi dua minuman popular itu, ia sudah mula ditawarkan kepada pelanggan bermula 1 Ramadan lalu, sekaligus memberi peluang kepada orang ramai meraikan kebaikan tradisi bersama yang tersayang.

Lebih penting, ia memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat di negara ini, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Jom kita ketahui lebih detail berkaitan minuman yang diminati ramai ini dan tentu sekali Coolblog membawakannya untuk anda.

Cool Kathira misalnya, ia diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baharu menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan susu.

Untuk Cool Bandung pula, ia merupakan campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga susu yang bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog

Cool Kathira dijual pada harga RM7.90 manakala Cool Bandung pula RM6.90.

Selain itu, mereka turut menawarkan promosi pembelian kombo (satu Cool Kathira dan satu Cool Bandung) dijual pada harga RM10.00 bagi cawan biasa bersaiz 500ml dan RM13 bagi botol khas.Wah! Berbaloi bukan harga kombo ini.

Keenakan Cool Bandung sesuai dinikmati sewaktu berbuka puasa.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog, Cik Win Zakaria, pengenalan dua seleksi minuman itu dengan suntikan nafas baharu merupakan idea kreatif jenama itu buat pelanggan setia mereka.

"Dalam negara kita berjuang menangani pandemik Covid-19 dan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejujurnya kami amat berbangga kerana dapat memperkenalkan kempen Tradisi Cool Ramadan serta memperkenalkan dua minuman penuh tradisi yang diberi nafas baru iaitu Cool Kathira dan Cool Bandung.

"Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan Cool Kathira dan Cool Bandung kepada pelanggan kami.

"Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi kami berjaya mengharungi segala cabaran dan pada masa sama mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan," ujarnya.

Tradisi Cool Ramadan Coolblog memberi nafas baharu kepada minuman ikonik yang wajib ada ketika berbuka puasa.

Kata Cik Win lagi, kempen Tradisi Cool Ramadan juga menjadi platform untuk mereka mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut.

Malah katanya, ianya juga bagaikan satu usaha untuk mengangkat dua minuman ini menjadi minuman ikonik masyarakat setempat, dengan sentuhan magis Coolblog yang unik dan tersendiri.

"Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Cool Kathira dan Cool Bandung akan menjadi pilihan utama pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.

Cool Khatira yang menyegarkan, sesuai dinikmati seisi keluarga dalam bulan mulia ini.

"Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog yang tersendiri bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Coolblog turut mencipta sejarah apabila melancarkan kempen Ramadan iaitu Tradisi Cool Ramadan melalui kandungan online radio SURIA FM dan secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog itu.

Sekadar peringatan mesra sewaktu PKP dalam membendung penularan Covid-19 di Malaysia, minuman-minuman tersebut boleh didapati di beberapa cawangan Coolblog terpilih.

Kunjungi cawangan Coolblog terpilih untuk mendapatkan dua seleksi minuman berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog serta laman Facebook mereka untuk senarai cawangan.

Juga, jangan lupa sertakan tanda pagar #TradisiCoolRamadan #CoolKathira #CoolBandung #CoolblogMalaysia di media sosial anda.

Selamat menikmati keenakan luar biasa Cool Kathira dan Cool Bandung yang pastinya menjadi pelengkap indahnya amalan berpuasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain