suria

7 lelaki warga asing lari dari pusat kuarantin

Kejadian berlaku pada pagi Isnin. (Gambar sekadar hiasan)

SERAMAI tujuh lelaki warga asing dipercayai melarikan diri dari pusat kuarantin di sebuah insititut pendidikan di Kuala Lumpur.

Kehilangan itu disedari pada pukul 10 pagi, Isnin selepas doktor bertugas membuat rondaan selepas memeriksa pesakit yang dikuarantin.

Menurut sumber, mereka yang melarikan diri merupakan warga Indonesia dan Bangladesh yang tinggal bersama suspek positif Covid-19 di Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru.

Mereka melakukan perbuatan itu pada awal pagi, selepas waktu sahur.

Doktor bertugas kemudiannya memaklumkan kepada pegawai polis dan Rela namun usaha menjejaki mereka gagal.

Mereka dipercayai merosakkan kawat duri sebelum melarikan diri,

Sebelum ini, seorang warga Bangladesh turut melarikan diri dari pusat kuarantin sama pada 2 Mei lalu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain