suria

PM faham ramai rindu nak ke masjid, beri gambaran semua rumah ibadat akan dibuka tidak lama lagi

SOP berkaitan rumah ibadah akan diumumkan tidak lama lagi.

KERAJAAN sedang memperhalusi tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan rakyat negara ini berkunjung ke rumah ibadah masing-masing.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas pada Ahad petang.

"Mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang memperhalusi tatacara atau SOP tertentu yang boleh diamalkan oleh jemaah.

ARTIKEL BERKAITAN: 2.3 juta permohonan baharu, rayuan BPN berjumlah RM1.7 bilion diluluskan

"Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat tarawih dan solat lima waktu. InsyaAllah, kita doakan keadaan akan bertambah baik.

"Begitu juga dengan gereja dan rumah-rumah ibadat bagi penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain. Kerajaan akan mengumumkan SOP tertentu untuk membolehkan saudara-saudari yang beragama bukan Islam mengerjakan ibadat di rumah ibadat masing-masing, ' ujarnya.

Menurut Muhyiddin, sehingga kini 1,178 mukim, bahagian, zon, sub-zon dan presint di seluruh negara sebanyak 1,112 atau 94.4 peratus telah dikategorikan sebagai hijau.

Dengan pelasanaan SOP yang teratur di kawasan-kawasan tersebut, rumah-rumah ibadah berkemungkinan dapat dibuka semula tidak lama lagi.



Tan Sri Muhyidin Yassin.

"Tambahan pula telah banyak kawasan-kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid-masjid di kawasan ini telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah.

"Berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan.

"InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula.

"Selepas SOP ini dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan RajaRaja selaku Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid," ujarnya lagi.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengulas rungutan orang ramai yang masih belum menerima dan gagal dalam permohonan Bantuan Prihatian Nasional (BPN)

Ujarnya, banyak sebab yang menjadi punca permohonan seseorang individu ditolak dan beliau turut mengumumkan tempoh rayuan bantuan itu dilanjutkan sehingga 31 Mei ini,

"Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.

"Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi manamana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, InsyaAllah boleh diluluskan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKPB, masjid, ibadah, SOP

Artikel Lain