suria

Risau pasar basah jadi lubuk jangkitan Covid-19, ada jemur barangan dibeli... Ini penjelasan Dr Noor Hisham hal keselamatan makanan

Beberapa pasar menjadi lokasi jangkitan Covid-19 di negara ini.

KES jangkitan Covid-19 di beberapa pasar basah ternyata menimbulkan kebimbangan sehingga wujudnya keraguan orang ramai ke atas tahap keselamatan barangan yang dibeli.

Namun kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga kini tiada sebarang jangkitan melibatkan makanan dilaporkan di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar Jalan Othman di PJ lokasi ke-8 diisytihar PKPD

"Saya rasa ramai yang risau mengenai isu ni. Kalau kita lihat setakat ini tiada jangkitan daripada makanan. Kalau melihat kepada kes kilang ayam contohnya, kita masih tunggu laporan sama ada virus tersebut ada dalam haiwan atau ayam.

"Tapi yang pasti tindakan kita apabila membeli makanan, kita memasak makanan itu. Jadi bila kita masak virus itu akan mati, kalaupun ada virus...

"Tapi setakat ni kita tak tahu ada virus ke tidak dalam makanan. Tetapi kita akan tungu kajian yang dilaksanakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengulas isu segelintir netizen yang menjemur barang makanan selepas dibeli sebagaimana tular sebelum ini.

Namun katanya, tidak semua makanan sesuai untuk dijemur.

"Tak semestinya, bergantung kepada makanan. Tak semua boleh dijemur.

"Apa yang penting, kalau dimasak, virus akan mati sebab suhu tinggi.

"Dalam ayam dan haiwan-haiwan lain, ada tak jangkitan, yang tu kena tunggu laporan kajian," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pasar, Covid-19, makanan, KKM

Artikel Lain