suria

Adun Jeneri dilantik MB Kedah ke-14, angkat sumpah 3 petang ini

Majlis angkat sumpah MB Kedah yang baharu akan berlangsung pada 3 petang Ahad

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu setelah mendapat kepercayaan majoriti wakil rakyat Kedah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah setelah baginda mengadakan perjumpaan bersama semua Adun Kedah pada 15 Mei lalu.

Katanya, pelantikan itu adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

"Majlis pelantikan Menteri Besar Kedah Ke-14 akan diadakan pada hari ini bersamaan 24 Ramadan 1441 Hijrah di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, di Wisma Darul Aman," katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi tadi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar bersama ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan Iain selaras dengan Perkara 37 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.-sinarharian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mukhriz, Sanusi, Jeneri, MB, Kedah

Artikel Lain