SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tidak memberi tiket untuk orang ramai bebas meraikan perayaan itu biarpun di dalam kawasan kediaman masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membuat rondaan tanpa mengira waktu dalam musim tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit Covid-19 sembuh perlu kuarantin 14 hari ekstra di rumah, elak terima tetamu datang beraya - Dr Noor Hisham "PDRM dan ATM akan membuat rondaan terutama ketika hari perayaan. Jadi bermakna bila balik kampung, ramai yang menganggap hari raya, takkanlah polis nak kawal rumah mereka... betul? "Tak mungkin setiap rumah akan dikawal tetapi saya dimaklumkan tadi oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) bahawa sewaktu perayaan pihak polis akan meronda di setiap kawasan. "Jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman berkaitan dari segi jumlah yang berada di dalamnya," ujarnya menerusi sidang media harian pada Selasa petang. Sehubungan itu, Ismail Sabri menasihati orang ramai agar terus patuh prosedur operasi standard (SOP) yang diwartakan kerajaan biarpun sewaktu menyambut hari raya. Jumlah kenderaan cuba rentas negeri meningkat, kata Ismail. Dalam pada itu, Ismail memaklumkan sebanyak 1,163 kenderan cuba untuk membuat perjalanan rentas negeri pada Isnin. "Semalam, kita melakukan 149 sekatan jalan raya, terutamanya yang merentas negeri. PDRM memeriksa 250,891 kenderaan. "Saya menjangkakan tak banyak kenderaan nak merentas negeri, rupa-rupanya sangkaan saya silap. "Semalam sebanyak 1,633 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. "Jadi kenderaan ini telah diarah berpatah balik oleh pihak polis. Maknanya, semakin hari semakin bertambah. Semakin dekat nak raya, semakin bertambah," ujarnya. Jelasnya, SOP rentas negeri masih sama dan tiada perubahan melainkan hal-hal kecemasan sahaja yang mendapat kebenaran PDRM. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!