suria

Umat Islam di Selangor tak boleh ziarah kubur sepanjang sambutan Aidilfitri – “Ganti dengan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing”

Umat Islam di Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri. Foto: Bernama

UMAT Islam di Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri, khususnya sebelum atau selepas solat sunat hari raya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Raya tertutup... kalau boleh jangan kunjung-mengunjung, ziarah kubur untuk tahun ini saja” - Dr Noor Hisham

"Mereka yang ingin menziarahi kubur arwah dalam tempoh ini bolehlah menggantikannya dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing untuk menghadiahkan pahala kepada arwah kerabat serta kaum keluarga," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata pihak yang menguruskan tanah perkuburan dan makam diraja di Selangor juga diminta membantu JAIS memastikan ketetapan itu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan tersebut. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain