suria

Tiada tambahan kes, pegawai kanan kerajaan positif Covid-19 dalam keadaan baik - "Ketika hadir mesyuarat pasca-Kabinet dia tiada gejala"

Susulan satu kes Covid-19 di pejabat JPM itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dalam proses kuarantin selama 14 hari.

TIADA kes positif baharu Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Rabu lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keputusan ujian saringan terhadap semua individu lain yang hadir adalah negatif.

"Tiada kes positif lain dikesan. Lebih penting individu yang dikenal pasti telah dirawat dan diasingkan.

"Malah dia juga menunjukkan respons yang baik. Kami sedang memantau keadaannya secara lebih dekat," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Rabu petang.

Menurut Dr Noor Hisham, individu tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19.

"Dia tidak menunjukkan sebarang simptom, tidak demam, tidak batuk mahupun selesema.

"Dia kini berada dalam keadaan baik tapi perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata walaupun seseorang itu mencatatkan suhu normal dan tidak menunjukkan sebarang gejala, tidak bermakna dia tidak dijangkiti.

"Sebagai contoh hari tu semasa mesyuarat di JPM, pegawai tersebut tidak ada gejala nyata seperti demam, batuk, sesak nafas atau selesema.

"Tapi dia ada gejala kelesuan. Jadi bila ada gejala kelesuan kita kena jalankan ujian dan ia didapati positif.

"Jadi mungkin walaupun ada mesin dan peralatan suhu tak semestinya suhu normal itu tak ada gejala. Jadi kita kena pastikan," katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani ujian saringan Covid-19 pada Jumaat pagi selepas salah seorang pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif virus itu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin disahkan negatif namun akan menjalani kuarantin 14 hari di kediamannya bermula petang Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain