SEORANG pelajar tahfiz di Perak didapati positif Covid-19 pada Ahad. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hariannya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 38 kes baharu Covid-19,26 daripadanya jangkitan di luar negara Ujarnya, pelajar tahfiz merupakan salah satu kumpulan sasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saringan yang dibuat menunjukkan dia positif sebelum tindakan selanjutnya diambil. "Semalam (Ahad) kita ada laporkan kes pelajar tahfiz di Batu Gajah, Perak yang berusia 15 tahun yang didapati positif. Dia dikesan oleh KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Pelajar sekolah tahfiz adalah salah satu kumpulan sasar kita di KKM. Jadi kita laksanakan ujian tersebut dan dia positif. "Bererti kita ada nama dan terus kesan pelajar tersebut," ujarnya. Selain itu, keluarga pelajar tersebut turut disaring dan sehingga kini seramai 41 kontak rapat sudahpun diasingkan di sebuah institut awam di Sungkai. Biarpun ujian menunjukan keputusan negatif, 41 individu itu tetap akan menjalani 14 hari kuarantin manakla pelajar berkenaan kini dirawat di hospital. Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham turut menjawab kes seorang banduan di Penjara Sungai Buloh, Selangor yang didapati positif wabak itu. "Banduan itu bukan warganegara Malaysia, sejak 2016 telah berada di sana dan keluar pada 13 Mac 2020 dan sekarang didapati positif. "Jadi banduan tersebut telah dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih dan sekarang kita melihat kepada kontak rapatnya untuk disaring. "Kita dah pindahkan dia, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bukan sahaja akan saring kontak rapat, malah 700 kakitangan penjara dan 800 tahanan juga akan disaring," ujarnya lagi. Kata Dr Noor Hisham, perkara itu sedang berada dalam proses tindakan KKM dan saringan sedang juga sedang giat dijalankan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!