suria

Elak kesesakan, peniaga termasuk premis barang kemas perlu ubah cara operasi... temu janji, online - Dr Noor Hisham

Peniaga kedai barang kemas disaran meneliti kaedah perniagaan mereka untuk mengelak penularan wabak Covid-19.

PENIAGA barang kemas dinasihatkan supaya meneliti kaedah perniagaan mereka untuk mengelak penularan wabak Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara yang boleh dilakukan adalah menggunakan kaedah temu janji atau secara atas talian untuk mengelakkan kesesakan di premis tersebut.

"Kalau kita buka sektor perniagaan bukan isu promosi tapi isunya ialah kesesakan. Jadi kita kena lihat bagaiamana dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan amalkan penjarakkan sosial contohnya satu meter dan juga mengurangkan kesesakan.

"Mungkin dengan cara appointment ataupun online. Jadi kita terbuka kepada inovasi yang dapat dikemukakan. Kita sarankan untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) KKM," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Selasa petang.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, pemilik premis perniagaan perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

"Kita kena galakkan aktiviti promosi, aktiviti ekonomi tapi dengan syarat patuh kepada SOP, penjarakkan sosial, pakai mask, kerap cuci tangan dan elak kesesakan.

"Kalau kita berada di ruang sesak itu kita kena elak. Kalau begitu majikan kena lihat cara kita jalankan perniagaan," katanya.

Setakat Selasa petang, sebanyak 20 kes positif baharu direkodkan dengan 15 daripadanya jangkitan import.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya angka jangkitan kekal satu atau dua gigit, maka negara sudah bersedia dengan 'exit strategy' Covid-19.

"Apabila buka sektor lain kita perlukan kawalan juga. Kalau kita keluar exit strategy, sekarang kita bergantung kepada Akta 342.

"Jadi dari segi pemantauan dan pelaksanaan kawalan kita perlu kekalkan akta tersebut supaya rakyat dan warga asing patuh SOP ditetapkan.

"Kalau rakyat dan pekerja asing patuh SOP nescaya kita dapat putuskan rantaian Covid-19 dalam negara," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain