suria

Sah! Guru diarah ‘standby’ untuk kembali bertugas

Dua guru melekatkan tanda X di meja guru mengikut garis panduan bagi persediaan pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Foto Berbama

SEMUA guru diarahkan untuk berada di tempat bertugas masing-masing, sebagai persediaan untuk kembali bertugas, menurut Kementerian Pendidikan.

Menerusi satu surat bertarikh 4 Jun 2020 (Khamis), Timbalan Ketua Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib berkata, semua guru dikehendaki berada di tempat tugas masing-masing dan bersedia untuk bertugas setelah tamat cuti pertengahan tahun pada 7 dan 8 Jun.

"Surat arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas boleh dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing," menurut surat berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu rehat berperingkat, makan dalam kelas dan pemeriksaan suhu badan antara garis panduan ditetapkan untuk sesi persekolahan

Menurut Kementerian Pendidikan di halaman Facebook rasmi kementerian itu pada Khamis, surat bertarikh 4 Jun 2020 berkenaan pemakluman arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas seperti yang sedang tular adalah sahih.

Panduan mengenai pembukaan semula sekolah oleh Kementerian Pendidikan yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu pada Khamis. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

guru, sekolah, Kementerian Pendidikan,

Artikel Lain