suria

Akhiri sidang media Covid-19 dengan berita sedih, Dr Noor Hisham sebak umum persaraan Dr Rohaizat ‘panglima perang’ KKM

Dr Rohaizat (kiri) setia bersama Dr Noor Hisham ketika sidang media harian mengenai kes Covid-19. Foto Bernama

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak ketika mengumumkan persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon.

Pengumuman itu dibuat selepas mengakhiri sesi soal jawab pada sidang media harian berkaitan kes Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, petang Rabu.

"Dengan berat hati, ingin saya memaklumkan bahawa hari ini adalah kali terakhir salah seorang panglima perang saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada 10 Jun 2020.

"Setelah berkhidmat selama 35 tahun dan 10 hari, beliau telah bersama dengan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengharungi dan memerangi wabak Covid-19," katanya.

Kedengaran suara Dr Noor Hisham tersekat-sekat cuba menahan sebak, namun meneruskan ucapannya.

"Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia," katanya.



Serangkap pantun istimewa buat Dr Rohaizat sempena persaraan beliau.

Bagi mereka yang mengikuti sidang media berkenaan menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook rasmi KKM, turut disertakan serangkap pantun istimewa buat Dr Rohaizat.

"Daun selasih daun mengkudu, terima kasih Datuk Rohaizat, we all love you..," demikian pantun yang ditujukan daripada seluruh anggota program perubatan dan warga KKM.

Sejak sidang media mengenai Covid-19 yang dikendalikan oleh Dr Noor Hisham hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu, Dr Rohaizat turut sama-sama setia ketika pengumuman dibuat bagi memaklumkan perkembangan mengenai pandemik itu kepada seluruh rakyat Malaysia.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain