suria

PH sudah ada keputusan tentang calon PM, mahu rujuk rakan sekutu sebelum buat pengumuman - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Glenn Guan/The Star

KETIKA ramai yang membuat spekulasi mengenai Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan (PH), ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan perkara berkenaan telah diputuskan, tetapi gabungan itu harus menunggu rakan-rakan 'PH Plus' sebelum mengumumkannya.

Katanya, PH harus merujuk kepada rakannya, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum secara rasmi mengumumkan calonnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa PH Plus dapat sokongan 107 Ahli Parlimen

"PH melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution sudah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa belum ada keputusan muktamad.

"PH, sebagai sebuah badan, sudah membuat keputusan, tetapi kita harus merujuk kepada rakan kita yang lain, termasuk Warisan dan bekas Ahli Parlimen Bersatu yang dipimpin oleh Dr Mahathir," katanya dalam video Facebook Live pada Rabu (17 Jun).

PH dijangka mengumumkan calon pilihannya untuk mengisi jawatan Perdana Menteri pada Selasa (16 Jun), selepas berlangsungnya mesyuarat pada Selasa minggu lalu (9 Jun).

Namun, pada lewat malam tadi (16 Jun), Saifuddin mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa PH menghormati pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah keputusan akhir dicapai. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PH, PH Plus, Perdana Menteri, PM

Artikel Lain