suria

Tun M mahu tarik diri daripada Pakatan Plus, enggan terima jawatan menteri mentor

Tun Dr Mahathir juga berkata beliau tidak akan berhubung dengan Datuk Seri Anwar atau PKR untuk sebarang perbincangan mengenai kerjasama pada masa hadapan.

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dia akan menarik diri daripada Pakatan Plus, setelah PKR menolak cadangan mengenai gabungan 'Mahathir-Anwar' bagi jawatan perdana menteri.

Beliau bagaimanapun berkata akan terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian ketika menjawab soalan semasa wawancara menerusi video bersama Sin Chew Daily pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: PH sudah ada keputusan tentang calon PM, mahu rujuk rakan sekutu sebelum buat pengumuman - Anwar

Pakatan Plus merujuk kepada gabungan yang terdiri daripada parti-parti dalam Pakatan Harapan (PKR, DAP dan Amanah), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sebilangan Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai oleh Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga menegaskan beliau tidak akan berhubung dengan PKR atau presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sebarang perbincangan mengenai kerjasama masa depan.

"Saya tidak akan bekerjasama dengannya (Anwar) kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya perlu mencari cara lain untuk menjadi PM. Mungkin ada cara lain!

"Mereka telah lama berada dalam pembangkang. Sebelum saya bergabung dengan mereka, pada tahun 2008 dan 2013, mereka berusaha untuk menang tetapi mereka kalah. Mereka tidak dapat menang.

"Saya menyertai mereka pada PRU-14, dan dengan sokongan orang Melayu yang cukup, kami menang.

"Mereka sangat jelas bahawa mereka memerlukan undi orang Melayu untuk menang dan fikir saya boleh memberikan mereka undi orang Melayu kerana Bersatu adalah parti orang Melayu dan orang Melayu tidak akan menyokong parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Ketika ditanya adakah dia akan terus bekerja dengan DAP dan Amanah, mantan perdana menteri itu mengatakan 'ya', kerana kedua-dua parti itu menyokongnya sebagai perdana menteri.

Semasa wawancara baru-baru ini dengan Channel News Asia Singapura, Anwar mengatakan bahawa dia bersedia mempertimbangkan peranan menteri kanan atau menteri mentor untuk Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memberitahu Sin Chew Daily bahawa dia tidak akan menerima posisi lain. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tun M, PH Plus, menteri mentor

Artikel Lain