suria

Berita baik untuk petani, peladang! Platform alaf baharu Agrolink Malaysia Information Toolbox bantu ketengah potensi dalam era digital

Penerapan kemahiran dalam pendigitalan dan teknologi baharu penting agar ia boleh mendorong perniagaan makanan pertanian dan membantu meningkatkan produktiviti. -fotoBERNAMA

AGROLINK Malaysia Information Toolbox, pusat sehenti digital yang menyediakan akses perniagaan pertanian akan dilancarkan tidak lama lagi.

Agro-food Productivity Nexus (AFPN) yang disokong penuh oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bakal memudahkan serta memberikan bantuan dalam pengembangan produktiviti untuk membina hubungan dalam rantaian bekalan makanan pertanian.

Champion AFPN Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, pemain industri menghargai komitmen kerajaan untuk mengembangkan industri makanan pertanian menerusi platform sebegitu.

“Kami sedar halangan yang dihadapi oleh industri. Oleh itu, Agrolink Malaysia Information Toolbox menjadi pengumpul maklumat yang menghubungkan semua elemen rantaian bekalan makanan pertanian di negara ini.

"Inisiatif ini menyatukan pengeluar 'agrofood' kecil dan luar bandar menjadi entiti kumpulan kluster dan membolehkan mereka meningkatkan kedudukan," katanya.

Tambahnya, ia juga akan memudahkan perniagaan pertanian tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program berkaitan dengan Persijilan Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Dr Nungsari Ahmad Radhi.

"Ia memberi pendekatan bagi petani untuk memahami teknologi yang dapat digunakan dan diterapkan di ladang. Dengan Agrolink Malaysia Information Toolbox, AFPN akan berusaha mengatasi ketidaksepadanan bakat institusi pendidikan yang menyebabkan wujud perbezaan kadar pekerjaan bagi golongan belia.

“Kami menghargai pengiktirafan dan peruntukan kerajaan yang berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Syarikat-syarikat agrofood terpilih di Malaysia sudah bersaing di peringkat antarabangsa dengan menerapkan teknologi untuk memenuhi standard global. Banyak lagi yang dapat dilakukan dan kami mengalu-alukan sokongan ini, ” katanya.

Tambahnya, ia sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk membantu sektor pertanian memperoleh keuntungan yang lebih baik ke arah pendigitalan.

Tegas Nungsari, pentingnya penerapan kemahiran dalam pendigitan dan teknologi baharu agar ia boleh mendorong perniagaan makanan pertanian dan membantu meningkatkan produktiviti.

Platform ini bakal menjadi pusat sehenti digital yang menyediakan akses perniagaan pertanian.

"Antara projek terlibat dalam pendigitan adalah stesen cuaca iklim mikro yang membolehkan petani mendapat maklumat untuk menangani perlindungan tanaman mengenai keputusan penyemburan racun perosak dan racun kulat mereka. Keberkesanan penggunaan teknologi digital Iot dengan penyimpanan data awan dapat membantu petani mendapatkan data langsung ladang, membolehkan mereka mengurus ladang mereka dengan tepat dan memberi penyelesaian secara terus.

“Petani akan mendapat keuntungan dengan menimba pengetahuan dalam menghasilkan tanaman lebih baik, mengurangkan kos baja dan racun perosak, meningkatkan kecekapan penggunaan air, meningkatkan kualiti tanaman dan hasilnya. Dalam projek ini, kami memberikan penilaian, latihan dan perundingan ladang kepada petani dalam bidang pertanian digital. Matlamat projek ini untuk meningkatkan kecekapan dalam pertanian, mencapai kelestarian dan meningkatkan produktiviti, ”katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Haji Abu Seman berkata, AFPN merupakan sebahagian daripada sembilan subsektor yang dikenalpasti di bawah Pelan Produktiviti Malaysia (MPB) untuk mempercepat pemulihan ekonomi dan membantu pemain industri membina semula perniagaan.

Ia bakal memberi pendekatan bagi petani untuk memahami teknologi yang dapat digunakan.

"Produktiviti Nexus adalah pusat kecemerlangan untuk hal berkaitan peningkatan produktiviti dan akan menjadi pemangkin dalam melaksanakan inisiatif produktiviti dengan kerjasama erat bersama kerajaan. Industri-industri disaran mengambil peluang pada program yang ada untuk meningkatkan lagi produktiviti.

“Antara inisiatif yang sedang berlangsung adalah webinar dan latihan dalam talian untuk pengembangan kapasiti, khidmat nasihat perniagaan maya, dan peninjauan peraturan untuk mengurangi beban yang tidak perlu dalam membangunkan semula perniagaan. Usaha berterusan dilakukan untuk mempercepat dan menjadi pemangkin pemulihan ekonomi dan pertumbuhan produktiviti, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin ke penghujung dan banyak sektor kini sudah dibuka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain