suria

Harga minyak naik lagi

Kenaikan ini dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses.

HARGA bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10 sen manakala diesel pula naik sembilan sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.99, RON95 (RM1.69) dan diesel RM1.86.

Kenaikan ini dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. - BERNAMA.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

RON97, RON95, Petrol

Artikel Lain