suria

Calon PM ke-9? Shafie Apdal akan teliti cadangan Tun M

Mohd Shafie akan meneliti secara mendalam cadangan untuk menjadikannya calon Perdana Menteri kesembilan. Foto ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu beliau akan meneliti secara serius cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikannya calon Perdana Menteri kesembilan.

Mohd Shafie berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan pada masa ini kerana dia belum berunding dengan rakan-rakan seperjuangannya mengenai perkara itu.

Ahli Parlimen Semporna itu mengatakan bahawa ia bukan sesuatu yang dapat diputuskannya sendiri, tetapi menjelaskan bahawa beliau akan memikirkannya secara serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M namakan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri

"Kami menghargainya, dan saya bersyukur kerana nama saya dicadangkan," kata Mohd Shafie.

Beliau berkata, adalah tidak mudah untuk mendapatkan cadangan seperti itu, apatah lagi hanya namanya dicadangkan.

Ditanya adakah beliau masih mempercayai Dr Mahathir setelah beberapa pusingan-U dan janji yang tidak ditunaikan kepada Sabah semasa menjadi PM, Mohd Shafie berkata, ia bukan satu-satunya isu yang perlu dipertimbangkan.

"Kita perlu menilai dan melihat apa yang terbaik untuk negeri dan pembangunan negara," katanya.

Mohd Shafie, yang merupakan presiden Parti Warisan Sabah berkata, kemungkinan besar beliau akan megumumkan sesuatu yang lebih kukuh dalam tempoh sebulan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain