KUDAT di Sabah dilanda gempa bumi, pada pagi Selasa. Gempa bumi sederhana berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Kudat, Sabah, pukul 9.58 pagi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak pada koordinat 6.92 darjah utara dan 116.37 timur dengan kedalaman 629 kilometer (km), kira-kira 47 km barat Kudat. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!