suria

PRK Chini catat sejarah negara, pengundi diingatkan tunai hak tapi jangan lupa jaga jarak, patuh SOP

PRK Chini akan berlangsung pada 4 Julai (esok). Foto: Bernama

PENGUNDI serta pihak terbabit dalam proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang akan berlangsung esok, diingatkan supaya mematuhi setiap undang-undang dan SOP yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sambil menggalakkan rakyat agar keluar mengundi, Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengundi agar melakukan kawalan kendiri sepanjang melaksanakan kewajipan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Saingan 3 penjuru di PRK Chini

"Ini merupakan pilihan raya pertama yang diadakan di Malaysia sejak penularan wabak Covid-19. Namun begitu walaupun terdapat banyak SOP yang dikeluarkan, ini tak bermakna tanggungjawab sebagai pengundi tidak dapat dilaksanakan.

"Pengundi-pengundi diseru untuk melaksanakan tanggungjawb mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, oleh itu keluarlah mengundi beramai-ramai," ujarnya dalam sidang media pada petang Jumaat.

Beliau dalam masa yang sama turut meminta pengundi luar untuk pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Akan tetapi dalam norma baharu, penjarakkan sosial serta pemakaian pelitup muka perlu dijadikan amalan ketika membuang undi terutamanya di kawasan yang sesak.

"Menjaga kepentingan dan keselamatan diri perlu diamalkan supaya kita terus selamat," ujarnya lagi.

PRK Dun Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung.

SPR menetapkan pengundian diadakan pada 4 Julai, dengan 20 Jun sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PRK Chini, SOP, pengundi, sejarah, pilihan raya

Artikel Lain